Sign In

TADARUS at SSB Hospital, Kuala Belait


PRESS INFO

​MAJLIS BERTADARUS BERSAMA ROMBONGAN KEMENTERIAN KESIHATAN DAN PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM BAGI HOSPITAL SURI SERI BEGAWAN, KUALA BELAIT SEMPENA BULAN RAMADHAN 1445H/2024M

 

Rabu, 23 Ramadhan 1445H bersamaan 03 April 2024M - Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Bacaan Juzuk 21) dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis tersebut diadakan di Surau Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

 

Tetamu Kehormat Majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat dan seterusnya majlis bertadarus dan diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Mahrumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman Dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'Izzaaddin Waddaulah dan juga bagi pegawai dan kakitangan Hospital yang sudah kembali kerahmatullah. Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada 11 orang anak yatim daripada warga kakitangan Hospital Suri Seri Begawan dan Pusat Kesihatan bagi Daerah Belait.

 

Majlis Bertadarus Al-Quran ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di keempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini di samping dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pg Dr Haji Md Khalifah bin Pg Haji Ismail, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

-   T A M A T   -

Tarikh: 23 Ramadhan 1445H / 03 April 2024M

Rujukan:  KK/PR/3/1 


Attachments